Wednesday 2 May 2012

Basic Photography: ISO, Aperture dan Shutter Speed

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Today aku nak sentuh skit tentang basic knowledge dalam photography.. Maybe some of my beloved readers ni ada yang dah tahu tentang menda ni but for those yang masih fresh tetang camera ni.. Meh laa singgah baca.. Aku try kongsi semua knowledge yang aku tahu sal camera setting ni :) Alrite let's move to our main subject..

Basically, there are three things that you must know and try to master it.. Tiga menda tu adalah ISO, Aperture dan Shutter speed. Aku try explain satu per satu.. Probably ada yang aku explain ni bercanggah dengan kefahaman yang korang dapat dari photographer yang lain.. kalau terjadi mcm tu, Maafkan aku.. Aku just kongsi apa yang aku faham dan ada kemungkinan aku salah.. but so far this is what exactly most others photographer will explained. 

Kita start dengan.. 



1) ISO 


ISO ni adalah level sensitiviti cahaya yang akan diterima oleh sensor (bagi digital) dan film (bagi negative). Lagi rendah level ISO maka lagi sedikit sensitiviti yang akan sensor atau filem serap dan lagi "fine" image atau gambar ada terhasil.. ISO level juga merupakan kadar kelajuan sesuatu sensor atau filem menyerap cahaya persekitaran.  

kebiasaanya, ISO akan di rate sebagai 100, 200, 300, 400, 800, 16000 dan 3200. Akan tetapi ia masih bergantung kepada keupayaan kemera anda sendiri.. ada yang mampu mencapai kadar yang sangat tinggi, ada yang tidak.. so korang kene laa explore korang nye camera.. 

Macam mana nak menentukan sesuatu ISO?? okay. Mudah sahaja.. kalau korang shoot di tempat yang banyak cahaya seperti waktu tengahari di kawasan outdoor, korang adjust laa ISO kepada setting yang paling rendah sebab cahaya di sekeliling anda telah mencukupi. kalau kawasan yang kurang cahaya, seperti waktu malam atau indoor.. korang set la ISO tinggi skit.. Supaya cahaya dapat di serap.. Kebiasaan untuk cuaca di Malaysia ni waktu tengahari, kita akan shoot menggunakan ISO 100 atau 200 dan pada waktu malam depends on how many light available.. kalau banyak lampu, shoot laa 800 - 1600.. memang terbaik gambar korang..


2) Aperture.

Aperture pula adalah tahap bukaan lubang lens ada.. Untuk mudah korang memahami, korang bayang kan Aperture ni sebagai lansir di rumah.. Kalau pada waktu tengahari, maybe korang tak akan bukak lansir luas2.. betul tak?? haa. sama laa macam aperture.. Untuk tidak membuka lens terlampau luas, korang perlu laa set aperture kepada tahap yang paling rendah.. Okay.. Aperture ni dia terbalik skit.. Aperture akan di tulis dengan simbol "F".. cara aperture ini di kira adalah secara menurun. lagi besar nombor, lagi kecik bukaan lens anda.. Sebagai contoh F1.4 merupakan bukaan yang besar berbanding F16.. 

Kalau korang nak buat effect "bokeh" iaitu membuat subject dihadapan menjadi sharp manakala background menjadi blur.. aperture adalah salah satu benda yang korang kene tahu setting.. So, try google or belajar kat youtube dengan lebih mendalam tentang menda alah ni.. okay? good :) 

3) Shutter Speed 

Setiap body camera akan ada shutter curtain.. Shutter speed dia akan di kawal oleh kita dengan cara memilih samada nak yang cepat atau yang slow.. Kalau korang amik gambar di kawasan yang banyak cahaya, korang kene laa set shutter kepada yang laju sebab nak minimize kemasukkan cahaya kedalam lens dan mengelak daripada gambar menjadi overexposure.. Kalau korang amik gambar di kawasan yang kurang cahaya, Slow shutter speed laa jawab nye... Supaya bila shutter curtain bukak lebih lama, lebih banyak cahaya yang akan masuk.. 


Untuk Sport photographer dan lanscape.. shutter sangat memainkan peranan.. Korang kene pandai pilih shutter speed dan adjust sedikit aperture untuk mendapat kan gambar subjek yang tengah bergerak laju.. Satu lagi, biasa tengok tak orang amik gambar air terjun.. tapi air terjun tu ada effect cam dreamy? haaa. tu semua sebab dia adjust shutter speed kepada yang paling slow. Korang cuba2 laa bukak goolge dan youtube untuk blaja menda ni.. Aku just bagi rough idea tentang apa menda itu shutter speed.. 


Okay la sampai sini aje cerita aku.. Hopefully dengan input yang tak seberapa ni.. korang dah tahu tentang exposure triangle ni iaitu ISO, Aperture dan Shutter.. Benda ni sangat penting untuk semua jenis photography.. korang just perlu balaja dengan lebih mendalam.. jangan asyik set camera kepada auto.. rugi beli camera mahal2 tapi tak reti nak pakai manual.. so belaja laaa ek  :) adios... 




3 comments: