Friday 13 April 2012

Belajar Guitar Cara Mudah: Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Amacam lesson yang lepas? Sure korang dah terer tune guitar sendiri.. Good.. Kepada yang masih belum mahir tune guitar.. Korang practise lagi ek.. InsyaAllah, sure dapat punye.. Alrite.. let's continue our lesson dengan mengenali Jenis-jenis chord yang terdapat di dalam teori music dan apa itu "guitar finger numbers". 



Apa itu "Guitar finger numbers"?
Basically, guitar finger number adalah nombor yang diberikan untuk melebel kedudukan jari supaya mudah anda membaca carta chord atau pun membaca guitar tab. Secara ringkas anda hanya perlu melebel jari kiri anda dengan nombor dan jari kanan anda dengan huruf.. Silah lihat rajah di bawah untuk lebih memahami.




so bila korang tahu finger numbers korang.. Barulah korang boleh belajar chord. Finger numbers ni penting untuk korang when korang nak placing jari korang untuk membentuk chord. 

Apa itu guitar Chord?
Guitar chord adalah gabungan beberapa note music yang akan membentuk satu chord. Simple kan.. Untuk level beginner ni, tak perlu kita tahu setiap note didalam chord sebab ia just merumitkan korang je.. Yang penting.. korang tahu bentuk sesuatu chord itu. 

Terdapat berpuluh-puluh ketegori chord. Tapi aku tak akan ajar semua sebab ada chord yang kita jarang guna. So basically, lagu-lagu popular hanya akan menggunakan beberapa kumpulan chord sahaja dan kumpulan ini agak popular digunakan. Ia adalah kumpulan chord daripada major dan minor. So, Try lihat rajah chord tersebut dan hafal kedudukannya. 

1)Major chord. 


Selalunya Chord ini akan diwakili dan dilebel hanya dengan Satu Huruf tunggal. 

2)Minor chord


Selalunya Chord ini akan diwakili dan dilebel dengan tambahan "m" di belakang setiap huruf chord. Sebagai contoh, Am, Bm, Cm dan seterusnya. 

Cara membaca diagram dan meletakkan posisi jari


Okay.. jika anda lihat rajah diatas, terdapat bulatan hitam yang bernombor didalamnya..  Bulatan yang bernombor ini mewakili kedudukan jari anda mengikut "finger numbers" dan tali dimana untuk ditekan.. 

Sebagai contoh diatas, 

Jari no.1 akan diletakkan pada tali B2 di fret yang pertama. 
Jari no.2 akan diletakan pada tali D4 di fret yang kedua.
Jari no.3 akan diletakan pada tali  A5 di fret yang ketiga.

ini akan membentuk chord C major atau hanya ditulis sebagai chord C. 

Untuk tanda bulat putih, ia mewakili tali yang tidak perlu di tekan. Akan tetapi perlu di petik sekali dengan chord yang lain.

Untuk tanda "X", tali tersebut tidak perlu dipetik dan ditekan. Dalam bahasa lainnya, tali itu disebut sebagai "mute".

So, now korang dah tahu macam mana nak placing jaring korang mengikut chord. Aku akan jelas sedikit cara memetik guitar untuk korang.. Guitar boleh dimainkan dengan cara "Strumming" or "Plucking". 

Untuk strumming, korang perlulah memetik kesemua tali serentak dengan cara menghayun tangan kanan kebawah dan keatas. Untuk plucking, korang just perlu petik satu-satu tali. Lihat video dibawah untuk memahami apa itu strumming dan Plucking.




So now korang dah boleh bermain guitar secara basic. Aku akan sertakan sekali link-link website yang korang leh cari guitar chord dia dan cuba bermain bersama. Ingat.. Praktis.. praktis.. dan praktis.. Lagi banyakk korang praktis.. lagi banyak yang korang dapat belajar.. So hope korang enjoy.. Lesson seterusnya akan menerangkan sedikit apa itu guitar scale.. Untuk menambahkan vocabulary pemahaman permainan guitar korang.. Alrite.. Adios.. chiow.. 



p/s: Kalau ada pape yang tak faham.. jangan segan-silu.. tanye je.. and if korang ada comment atau pendapat.. Just sent di comment box di bawah.. Adios again.. :) 

No comments:

Post a Comment