Friday 15 June 2012

InsyaAllah.. Ku cuba seadanya.. ;)

Nothing much to say.. buat Si Dia dan my beloved readers.. enjoy this song okay.. ;D




Saturday 9 June 2012

Tidak Ku Pinta Sebegini.. Maafkan Saya Rakan2..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Allah S.W.T yang menentukan segalanya.. Kita hanya mampu merancang.. Itulah muqaddimah bicara saya hari ini..

Dukacita di maklumkan bahawa.. Proses tempahan jersi group kita telah berakhir dengan kegagalan.. Hal ini kerana, tokey baju yang saya buat tempahan telah di tipu oleh supplier nye di Bangkok dengan tidak membuat tempahan jersi tersebut.. Sila lihat gambar di bawah untuk pembuktian.. Jadi, saya memohon berjuta-juta kemaafan atas kesulitan ni..



Sebelum saya mengakhiri keluhan saya hari ini, ada beberapa soalan yang ingin saya utarakan kepada rakan2 yang saya hargai.. soalannya..

1) Adakah anda masih mahu untuk saya teruskan dengan tempahan jersi ini? Bermaksud, saya akan cari supplier yang lain.. dan ini janji saya kepada anda.. saya akan cari supplier yang boleh memberi harga seperti supplier yang lama ni atau mungkin lebih murah (atas dasar untuk menebus kesalahan saya tentang kesulitan ini).. akan tetapi.. anda semua terpaksa menunggu dalam 2 minggu lagi untuk saya usahakan..

ATAU

2) Adakah mahu saya kembalikan terus wang kepada anda? dan kita beranggapan bahawa peristiwa pahit ini hanyalah kenangan dalam sepanjang perkenalan kita.. 


Pilihan semua di tangan anda.. Sila respond di blog saya ini dengan kadar yang segera.. Maaf sekali lagi atas segala yang terjadi.. Saya hanya manusia biasa yang menjalankan amanah di beri.. akan tetapi.. Allah S.W.T telah menentukan segala nya dan saya Redha dengan seadanya.. Assalamualaikum dan salam sejahtera.