Saturday 14 April 2012

Belajar guitar cara mudah: Part 3

Assalamualikum dan salam sejahtera,


Macam mana dengan lesson chord yang sebelum ni? anda ada sebarang kesulitan? Takpe.. slow-slow.. lama-lama sure dapat master punya laa.. Aku dulu pun macam tu jugak.. Self-taught je.. tak ada siapa yang ajar. so, kalau aku boleh.. korang pun mesti boleh punye.. hahaha.. Alrite.. let go to our last lesson..

Lesson kali ni just berkaitan dengan teori sahaja.. Aplikasinya, terpulang kepada individu masing-masing.. sebab ada sesetengah pemain tak pandai pun lesson ni.. tapi diorang still boleh bermain dengan hebat.. Walaubagaimanapun, still aku kene ajar korang.. sebab  ia masih lagi terkandung dalam proses pembelajaran. So, lesson hari ni kita akan belajar tentang "Guitar Chord Scale" dan jika korang nak pandai dalam bab guitar solo, this is what you should learned..



Apa itu "Chord Scale"? 




Chord scale adalah satu sistem pergerakan atau prograsi yang melibatkan sesuatu note atau chord. Secara mudah nya.. scale amat berkaitan tentang teori "DO, RE, MI, FA, SO, LA, TI dan DO"... Haaha... mesti biasa dengar dengan perkataan ni kan?? tapi tak ramai yang faham macam mana aplikasi teori ni. Mudah sahaja.. Let's me explain..

Di dalam sesuatu progression, akan ada satu pergerakan yang bermula dengan note yang berbunyi rendah dan akan berakhir dengan note yang tinggi.. Susunan Sesuatu note itu akan bermula mengikut susunan huruf. Sebagai contoh, jika korang bermula dari note A, ia akan mempunyai susunan yang menaik seperti A,B,C,D,E,F,G dan A (high octave)...  Jadi untuk membentuk DoReMi nya, anda hanya perlu mengunakan sistem:

1)Whole step= pergerakan bersilang daripada 1 fret, melangkaui fret ke-2 dan berhenti di fret ke-3.
2)Half-step=Pergerakan yang hanya menaik satu fret ke satu fret yang lain.

Masih lagi tak faham? Tidak mengapa.. aku pun macam tu gak time first belajar dulu... Cuba korang tengok rajah kat atas.. Ini adalah contoh scale bagi key C major atau juga boleh digunakan untuk A minor.

Cuba tengok note C yang berada di Tali A5 fret yang ke-3. Itu adalah note C yang berbunyi rendah atau dalam bahasa music, high bass. Pergerakan DoReMi nya akan bermula pada note tersebut dan berakhir pada note C yang lebih tinggi di fret ke-5 tali G3. Jadi pergerakan dia akan berbentuk begini:

C,D,E,F,G,A,B dan C (High octave)

Di dalam teori music nya, progressionnya berbentuk:

Whole + whole + half + whole + whole + whole + half + whole = DoReMiFaSoLaTiDo

Dengan mengunakan scale C major ini, anda boleh mencipta solo guitar untuk dimainkan didalam lagu yang menggunakan Chord C. Mudah bukan.. dan aplikasinya boleh di adaptasi di mana-mana major chord yang lain. Sila lihat video di bawah ini untuk lebih memahami tentang scale ini.. Tapi ingat, bagi aku menda ni tak penting sangat. Sebab kalau kita bermain hanya untuk suka-suka, cukup memadai hanya dengan belajar chord. Yang penting FUN.. Bukan SERABUT! .. so aku akhir lesson guitar ni dengan selamat maju jaya.. Just let me know if korang ada pape yang tak faham.. atau korang nak lepak main-main sekali pun boleh.. Aku no hal je.. :)



P/s: Kepada yang lelaki yang nak belajar main guitar.. boleh datang ke kolej ungku omar.. Kepada yang perempuan, boleh je berjumpa di mana-mana.. nanti saya ajar. 



2 comments:

  1. saya perempuan bila bole jumpa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku baru paham major scale jgn picit flat adakah betul bro ?

      Delete