Tuesday 10 April 2012

Jalan-jalan cari pasal!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sebelum aku bercerita dengan penuh dramatis, tajuk atas tu bukan ada ape pun.. biasalah aku.. tajuk kene kasi gempak.. baru orang nak baca.. hahaha... tapi korang janganlah buat menda cam kat tajuk tu.. Kene pukul, tanggung sendiri.. hahaha..

Alrite.. straight to the point... actually, sepanjang cuti mid-sem ni.. aku asyik terpikir sal nak  pergi vacation atau bercuti.. Duk pikir mana laa tempat yang menarik untuk di lawati.. Then suddenly, aku terpikir.. kan best kalau kita satu group pergi bercuti-cuti kat mana-mana.. Pergi mandi sungai ke.. Lepak tepi pantai ke.. bukan ape.. dalam keadaan stress ngan kerja yang berlambak-lambak ni.. Bercuti laa yang dapat memberi ketenangan dan merelaxkan otak..





So, Aku plan.. kita tak payah pergi jauh-jauh sangat.. Cari tempat riadah di sekitar Selangor atau negeri-negeri yang terdekat (contoh seperti PD, N.sembilan)... sebab kalau kita pilih tempat yang dekat, kita dapat kurangkan kos untuk aktiviti ni.. Satu lagi, maybe kita boleh tambah lagi aktiviti seperti BBQ.. Pergh.. memang layan giler..

Tentang budget.. Kita share ramai-ramai.. Tak payah sibuk nak buat paper work ke segala bagai.. menyusah je.. kalau dapat pun, seciput je.. yolaa.. UKM ni kedekut skit.. hahahah.. Kita ada lebih 40 orang.. itu kalau tak silap aku laa.. Kalau masing-masing keluar duit poket dalam RM50.. haaa.. You do the math laa.. dah dekat RM2000.. cukup untuk one day event. Transportation.. kalau masing-masing ada kereta.. itu dah kira terbaik.. kalau ramai yang tak ada.. maybe kita boleh usahakan untuk menyewa satu bus.. InsyaAllah, Aku boleh uruskan pasal qoutation harga bus.. Penginapan.. takpayah.. sebab tu aku nak cari dekat-dekat je.. senang.. kita pergi.. habis je aktiviti.. balik terus.. baru syiok.. save budget..

Jadi, apa kata anda semua???!!! berminat??!! anda rasa anda nak lepas tension??!! haaa.. inilah masanya.. aku perlukan sokongan dan feedback dari korang.. Kalau kata semua orang sepakat nak buat.. kita akan tubuhkan ahli jawatankuasa yang akan membantu dalam menguruskan aktiviti ini.. En.Azzwan akan menjadi penasihat aktivit "jalan-jalan release tension" kita ni..  Amacam?? Ada Bran?? JOM!!!


P/s: ini hanya raw idea aku sahaja.. if korang ada pape cadangan.. comment je kat bawah.. jangan segan silu.. come on.. kita dah 1 tahun kat UKM ni.. DAN JANGAN LUPA TENTANG EVENT LASSER TAG AND BOWLING YANG EN. AZZWAN NAK BUAT!!! Respone pada event tu dulu... baru respone pada aku punya...!!!!! ada faham??!!! hehehe  Chioww.. :)

2 comments:

  1. kalau bbq, aku follow. aku tak nak ajk bagai. aku nak follow je. hahaha. bab duit aku tak kesah brape. tapi itu pun kalau khaleda khir follow jugak laa aktiviti kau ni.

    ReplyDelete
  2. terbaik!! alrite.. kita tunggu geng lain respone.. :)

    ReplyDelete