Friday 13 April 2012

Belajar Guitar Cara Mudah: Part 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Guitar. One of the music equipment yang agak famous didunia ni.. Boleh dikatakan ini adalah alat music kegemaran ramai sebab ia murah dan mudah di pelajari. So today aku akan ajar korang macam mana nak main guitar dengan cara yang paling simple.. Jangan risau.. this is the method yang aku guna masa mula-mula belajar main guitar dulu. Kalau aku boleh bermain dengan method ni, sure korang yang lain pun boleh.. Yang penting, kene berusaha.

First thing yang korang perlu ada adalah sebuah guitar.. It's can be any brand of guitar.. Tak kira laa korang nak pakai brand yang murah seperti Kapok atau yang mahal giler macam Gibson or Taylor. Yang penting guitar tu mesti laa cukup sifat dan dalam keadaan baik.. Seelok-elok nya, beli laa sebuah guitar sebab untuk starting ni, korang perlu banyak bermain dengan alat tersebut.. So, kalau pinjam orang lain punya.. takut depa pulak bingai ngan korang.. asyik duk pakai depa punya je.. Korang faham2 laaa ek.. hihihi.

Apa yang dimaksudkan dengan guitar berkeadaan baik? 

1) Body guitar tersebut mestilah tiada rekahan yang boleh menganggu bunyi yang dihasilkan.. Kalau takat calar skit-skit tu tak pe laa.. tak kacau bunyi punya.. hihihi

2)Mestilah cukup bertali dan telah di tune dengan sempurna (aku akan ajar mcm mana nak tune nanti) .. Guitar standard mempunyai 6 tali. Akan tetapi terdapat juga guitar yang bertali 7 dan 12.. Namun, guitar jenis begitu jarang digunakan sebab ia agak complex untuk dimain.

3) Adjuster tune mestilah berkeadaan baik.. Sebab kalau rosak. korang nak tune macam mane guitar tu..

ini adalah contoh guitar yang berkeadaan sempurna:



So korang dah ada guitar yang baik.. now kita start dengan lesson yang pertama. 


Lesson 1: How to tune your guitar properly 



Baiklah.. Perkara pertama sebelum kita tune adalah mengenali setiap tali yang kita ada.. Setiap tali guitar mempunyai nota bunyi atau note yang dihasilkan. Setiap tali guitar juga mempunyai nombor untuk memudahkan pemain mengenali dan menghafal kedudukan tali guitar mereka. Tali guitar yang pertama merupakan tali guitar yang paling bawah di dalam susunan fretboard dan tali yang terakhir merupakan tali yang teratas kedudukannya didalam fretboard. Kita akan membaca kedudukan tali secara menurun. Maknanya, bermula dengan tali nombor 6 dan berakhir dengan tali nombor 1. Anda boleh melihat dua diagram diatas untuk lebih memahami apa yang cuba diterangkan. 


Secara ringkasnya:

Tali 6 menghasilkan note E
Tali 5 menghasilkan note A
Tali 4 menghasilkan note D
Tali 3 menghasilkan note G
Tali 2 menghasilkan note B
Tali 1 menghasilkan note E

Tali 6 dan 1 mempunyai note yang sama, akan tetapi ketebalan tali dan octave bunyi adalah berbeza. Aku akan explain apa itu octave level dalam cerita yang akan datang. Tak penting pun nak tahu apa itu octave buat masa sekarang. :) 

Setelah mengenali tali guitar, barulah kita boleh start tune guitar kita.. Untuk mendapat note yang betul bagi setiap tali guitar.. Kita boleh mengunakan beberapa alat seperti: 





Gambar 1 = digital tuner. Tuner ini akan menngeluarkan signal note yang betul apabila kita memetik dan memulas tali guitar.

Gambar 2 = Pitch Pipe. Alat ini berfungsi dengan meniup lubang tersebut untuk mengeluarkan note tali guitar. Ini adalah alat yang aku selalu guna time mula-mula belajar tune dulu.. sangat praktikal dan mudah digunakan.

Alat yang terbaik untuk tune guitar adalah dengan menggunakan piano atau keyboard. Caranya mudah.. Korang just perlu samakan bunyi tali no.6 korang dengan note E yang terawal.. Aku tak pernah cuba method ni.. but if korang nak cuba, apa salah nya.. 



So bila dah ada tuner, korang boleh la start tune.. bagi yang menggunakan digital guitar tuner.. tiada masalah bagi korang.. just petik dan adjust tune tali korang sampai dapat signal yang betul. Aku nak ajar yang pakai pitch pipe sebab diorang kene pandai mendengar bunyi supaya sama. aku akan ajar dalam bentuk step untuk korang lebih cepat faham. 

Step 1
Tiup lubang pitch pipe E6 dan samakan bunyi dia dengan tali guitar E6 korang. 

Step 2
Tiup lubang pitch pipe A5 dan samakan bunyi dengan tali A5.

Step 3
Tiup lubang pitch pipe D4 dan samakan bunyi dengan tali D4.

Step 4
Tiup lubang pitch pipe G3 dan samakan bunyi dengan tali G3.

Step 5
Tiup lubang pitch pipe B2 dan samakan bunyi dengan tali B2.

Step 6
Tiup lubang pitch pipe E1 dan samakan bunyi dengan tali E1.

Sila lihat diagram di atas untuk lebih memahami.. Aku sertakan video dari youtube untuk korang lebih memahami cara untuk tune. Tune adalah asas permainan yang sangat penting.. Tune yang sempurna akan menghasilkan note yang betul. Jadi, Kuasai asas untuk tune guitar dahulu sebelum belajar untuk bermain guitar. 




So now, korang dah tahu macam mana nak tune guitar. Lesson seterusnya akan disambung didalam post seterusnya yang akan menceritakan tentang GUITAR CHORD dan GUITAR SCALE. Kalau tulis full kat post ni.. maw muntah berdarah korang baca sebab panjang gler.. so aku akan ringkaskan dengan beberapa post yang seterusnya.. Stay tuned dan teruskan usaha anda. Chiow.. 





2 comments:

  1. wow, sangat menarik dan mudah difahami. act, saya sbenarnya baru berjinak2 dgn gitar ni,, Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for comment dalam post ni.. Actually this is private blog for our class group in UKM but it's okay.. saya sangat appreciate comment anda..

      It's good to know yang anda faham post ni. Hopefully, you boleh success dalam bermain guitar ni.. Tapi jangan sampai lalai dan lupa tentang perkara lain yang lebih penting..

      Jika ada perkara yang nak tanye tentang gitar, jangan segan.. jangan malu..InsyaAllah, saya cuba yang terbaik untuk tolong..

      Thanks Again :)

      Delete