Monday, 30 July 2012

30th July 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni merupakan hari-hari terakhir bagi bulan July dan merupakan bulan ramadhan dimana umat islam telah berpuasa hampir seminggu lebih. Semoga ramadhan kali berjalan dengan lancar dan berlumba laa kita berbuat ibadat yee.. sedikit mukadimah untuk bicara post kali ini..

Alright.. kita teruskan kepada topic yang ingin dibincangkan.. Masih ingat anda tentang project jersey yang harus di uruskan oleh saya tempoh hari?? Dukacita dimaklumkan.. project tersebut telah berakhir dengan kegagalan dimana tiada supplier yang dapat provide jersey seperti yang kita semua kehendaki..Jersey tersebut telah discontinued dari production mereka..

 Saya dengan rendah hati mengaku akan kesilapan saya atas kegagalan didalam menguruskan jersey ini..  Jelas ternyata, saya masih lemah dan kurang pandai dalam menguruskan jersey ini.. Harap kalian semua dapat memaafkan saya dan menghalalkan segala perbuatan saya ini... sebenarnya, saya dah lama bercadang untuk menyerah wang kepada anda semua.. akan tetapi, saya cuba untuk tunggu sehingga hujung bulan ini sekiranya ada supplier yang dapat provide design jersey tersebut.. maaf atas kelewatan ye rakan2.. harap korang dapat maafkan aku..



Walaubagaimanapun, En. Azzwan telah bertindak bijak dalam memberi cadangan untuk menukar tempahan jersey kepada tempahan t-shirt dimana, mereka semua telah berusaha untuk menghasilkan design untuk t-shirt tersebut.. Jadi, persoalan yang ingin  saya tanya kepada anda semua yang menempah jersey daripada saya..


  1. Adakah anda semua bersetuju sekiranya saya  menyerahkan wang anda semua itu kepada pihak sir untuk proses membuat t-shirt? Afzan telah dipilih sebagai pemegang amanah duit anda semua..
  2. Sekiranya tidak, apakah cadangan anda untuk wang yang terkumpul tersebut? Adakah korang semua nak buat something dengan wang tu or korang nak saya pulangkan baling kepada anda? kepada yang inginkan wang anda.. kita akan buat satu meeting, dan saya akan serahkan wang anda pada hari yang telah ditetapkan.. :) 
So, sila beri kata putus anda di FACEBOOK sebab saya inginkan jawapan yang segera.. tetapi sekiranya ada yang nak reply kat sini, saya tak kesah pun.. Sekali lagi.. saya memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan saya.. Harap korang halalkan segala kesilapan saya.. Chiow.. Assalamualaikum :) 

Sunday, 1 July 2012

Demam?! Demam Euro atau Selesema?!



Just nak bagi tahu yang aku dah 3 hari hadap demam.. dan besok bermula laa kisah cerita short sem aku.. maka, diharap semua berjalan lancar.. dan hopefully, dapat drive kereta ke kampus seperti normal person.. bukan seperti seorang yang baru lepas balun ganja 3kg.. okay. Sekian. Berita dari bernama

Friday, 15 June 2012

InsyaAllah.. Ku cuba seadanya.. ;)

Nothing much to say.. buat Si Dia dan my beloved readers.. enjoy this song okay.. ;D




Saturday, 9 June 2012

Tidak Ku Pinta Sebegini.. Maafkan Saya Rakan2..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Allah S.W.T yang menentukan segalanya.. Kita hanya mampu merancang.. Itulah muqaddimah bicara saya hari ini..

Dukacita di maklumkan bahawa.. Proses tempahan jersi group kita telah berakhir dengan kegagalan.. Hal ini kerana, tokey baju yang saya buat tempahan telah di tipu oleh supplier nye di Bangkok dengan tidak membuat tempahan jersi tersebut.. Sila lihat gambar di bawah untuk pembuktian.. Jadi, saya memohon berjuta-juta kemaafan atas kesulitan ni..



Sebelum saya mengakhiri keluhan saya hari ini, ada beberapa soalan yang ingin saya utarakan kepada rakan2 yang saya hargai.. soalannya..

1) Adakah anda masih mahu untuk saya teruskan dengan tempahan jersi ini? Bermaksud, saya akan cari supplier yang lain.. dan ini janji saya kepada anda.. saya akan cari supplier yang boleh memberi harga seperti supplier yang lama ni atau mungkin lebih murah (atas dasar untuk menebus kesalahan saya tentang kesulitan ini).. akan tetapi.. anda semua terpaksa menunggu dalam 2 minggu lagi untuk saya usahakan..

ATAU

2) Adakah mahu saya kembalikan terus wang kepada anda? dan kita beranggapan bahawa peristiwa pahit ini hanyalah kenangan dalam sepanjang perkenalan kita.. 


Pilihan semua di tangan anda.. Sila respond di blog saya ini dengan kadar yang segera.. Maaf sekali lagi atas segala yang terjadi.. Saya hanya manusia biasa yang menjalankan amanah di beri.. akan tetapi.. Allah S.W.T telah menentukan segala nya dan saya Redha dengan seadanya.. Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Monday, 21 May 2012

kenapa ini terjadi...



entah la.. mungkin salah kita.. mungkin salah orang lain.. tapi perubahan ini.. amat ku rasai.. terlalu dalam kesan yang kau tinggalkan.. kenapa? kenapa? kenapa?? kenapa ini terjadi.. wahai sahabat.. ku impi dirimu yang dulu.. diri yang asyik di buai keriangan.. pulanglah wahai kawan.. kembali lah kejalan yang benar.. hanya itu permintaan terakhir dari ku.. Kami di sini amat merindui "bayang wajah semalam" mu..


Wednesday, 16 May 2012

30 itu hanya angka!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Fuhh!! lama benor tak update blog aku ni.. maaf laa kepada my beloved readers semua.. sorry if aku buat korang tertunggu2.. tak ada niat pun.. anyway, this is my 30th post for this blog.. Nothing much to say but what i try to highlight kali ni adalah prestasi dan peningkatan yang aku tengok among kawan-kawan aku.. memang korang mantap dan terbaik.. ada yang dah nak sampai 40.. gler kentang.. Papepun.. aku harap korang semua still menulis dan terus menulis.. jangan patah semangat.. and jangan laa stop writting blog ni.. Bukan ape.. menulis blog ni banyak kelebihan dia.. korang dapat improve kaw2 korang nye writting skill yang mana, one day nanti korang akan guna kan dalam korang nye daily task.. so keep writting kayh..

Last word from me.. Happy teacher day to Sir Azzwan.. Serius.. Sir memang banyak ajar saya dalam erti kehidupan ni.. and most important is sir telah berjaya membuat saya terkenang dengan zaman diploma saya yang mana pergaulan lecturer dan student macam rakan-rakan.. bukan macam pensyarah dengan pelajar.. memang cool gila sir ni.. kalau ada salah dan silap.. maafkan saya.. saya masih mentah dan kadang-kadang saya mungkin terkasar bahasa dengan sir dan kadang-kadang saya mungkin menyusahkan sir samada saya sedar atau pun tidak.. Have a blast Sir!!!



p/s: for sir azzwan.. next sem bila mengajar junior baru, jangan lupa kenalkan saya dengan awek-awek junior ek.. hahaha  :P

Friday, 4 May 2012

Basic Photography: The rules of third

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Macam mane dengan lesson lepas tentang basic photography: ISO, Aperture and Shutter Speed? Hope korang dapat memahami input yang di beri. Untuk lesson kali ini, kita akan mendalami tentang salah satu teknik yang di gunakan untuk mendapatkan composition gambar yang gempak dan menarik. Compostition adalah penting untuk memastikan gambar yang anda capture terbaik dan plasure untuk di lihat serta membuatkan jalan cerita penyampaian gambar anda lebih artistik. Mungkin sebilangan daripada anda akan mengeluh atas sebab kekurang pengetahuan dan pengalaman dalam menghasilkan gambar yang menarik. Akan tetapi, anda semua tidak perlu risau kerana lesson hari ini dapat membelenggu masalah anda itu dan jika di praktik dengan cukup, InsyaAllah, composition anda akan menjadi lebih bagus. Alrite let's move to our main topic iaitu....

Wednesday, 2 May 2012

Basic Photography: ISO, Aperture dan Shutter Speed

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Today aku nak sentuh skit tentang basic knowledge dalam photography.. Maybe some of my beloved readers ni ada yang dah tahu tentang menda ni but for those yang masih fresh tetang camera ni.. Meh laa singgah baca.. Aku try kongsi semua knowledge yang aku tahu sal camera setting ni :) Alrite let's move to our main subject..

Basically, there are three things that you must know and try to master it.. Tiga menda tu adalah ISO, Aperture dan Shutter speed. Aku try explain satu per satu.. Probably ada yang aku explain ni bercanggah dengan kefahaman yang korang dapat dari photographer yang lain.. kalau terjadi mcm tu, Maafkan aku.. Aku just kongsi apa yang aku faham dan ada kemungkinan aku salah.. but so far this is what exactly most others photographer will explained. 

Kita start dengan.. 


Yeah.. i can smell the street!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng,


Today aku nak cerita something yang ada kaitan dengan photography iaitu 


"Street-photography"




Henri Cartier Bresson
Street photography ni salah satu genre yang ada dalam seni fotografi.. ia lebih tertumpu kepada mendokumentasikan keadaan seseorang di persekitaran jalan dengan cara candid atau sesetengah orang memanggil nya sebagai "snap-shot". Street-photography agak berbeza dengan fotographi yang lain seperti lanscape, potrait atau sport kerana ia perlulah di rakamkan dengan cepat dan tanpa membuat subject kita sedar akan kehadiran photographer tersebut.. 




Bruce Gilden


Antara legend di dalam seni ini adalah Henri Cartier Bresson (Pioneer of street Photography), Daido Moriyama, Vivien Maier, Bruce Gilden, Criss Week dan ramai lagi.. Tapi yang paling aku minat adalah Daido Moriyama sebab cara penyampai cerita photography dia sangat artistic dan mendalam.. 




Daido Moriyama


Ada segelintir petelingkahan berlaku di antara penggemar seni ini dimana ada yang menanggap seni ini perlu dirakam di dalam bentuk "black and white" dan menggunakan filem". Bagi aku, itu tak penting sebab jalan cerita penyampai sesuatu gambar tu yang main peranan.. Gambar tak semestinya kene sharp giler.. Yang penting jalan cerita nya.. ada juga yang menyangkal bahawa untuk menjadi street photographer, korang mesti kene ada range-finder camera.. bagi aku, itu pun salah.. sebab kalau korang guna camera point and shoot biasa pun, tetapi hasil nya gempak.. korang tetap akan dianggap sebagai street photographer.. So, yang penting cerita bukan benda2 lain :)



Tuesday, 1 May 2012

Tapi Bukan Aku!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Ape khabar semua.. hope korang semua happy and sihat-sihat selalu... Oh yaa.. Korang tlg laa check blog Iema ek.. dia nak propose project baju class.. sama ada nak jersey atau t-shirt.. Tlg laa bagi die input and idea supaya dia dapat uruskan dengan smooth dan cool. Kesian kat die.. Kita support kayh :) Alrite.. let's move to our main topic.

"kenapa dengan ko ni Bil??"  tanya rakan karib ku..

"Tak ada ape bro.. Just tak mahu benda yang lepas berulang kembali"
"Aku tak nak.. hancurkan hati sesiapa bro.. Jenuh aku nanti.. cukup2 laa dulu dah pernah wat camtu.. takkan sekarang nak buat lagi.."

"Habis tu.. Ko nak wat pe?", tanya rakan karib ku lagi..

"Entah laa bro.. Aku rasa lebih baik aku nyanyi aje lagu ni"
"Harap-harap si dia dapat memahami"



Aku rasa korang faham cerita aku hari ni.. So, tak perlu aku cerita panjang lebar.. kepada Si dia.. Maafkan diriku yang tak sempurna.. mungkin ada di luar sana yang lebih memahami mu.. Ku akhiri dengan video lagu yang sangat tragis.. have a blast my beloved readers.. :)



Monday, 30 April 2012

Muchas gracias a mis amigos !!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Di kesempatan ini, aku just nak ucapkan Thank you so much kat korang semua sebab telah menjayakan event bowling kita yang sempoi lagi menarik lagi tertarik lagi hebat lagi menawan dan bermacam2 lagi.. hahahahaha.. bahasa gua terlampau indah sebab event tu memang fun giler.. 

kepada Sir Azzwan (Mastermind), Jasmimi (Cool Organizer), Fadhil Chow (Tukang Merepek), Afzan Rayban(Abg Photographer Macho), Ismail (Abg Berwatak Baik), Baiyah (Tukang Gelak), Aqilah (Tukang Menjaga akidah kami), Nadya Ishak (Model merangkap tukang sorak), Ainil (Tukang penyeri majlis), Tasya (Awek baju coklat), Adib (Nana Tanjung Sempoi), Azren (Abg jacket Hitam), Iema (budak kecik 1), Raja (budak kecik 2), Ain ( budak kecik 3), Nafisa (budak Kecik 4) dan Wadah (Tukang sorak2). 

"KORANG MEMANG COOL DAN SPORTING GILER!!"

Hopefully, untuk event laser tag lepas ni.. semua geng kita dapat join and meriahkan game.. rajin-rajin laa jenguk blog aku untuk update terbaru.. Peace.. Have a blast.. Adios!! :D

Wednesday, 25 April 2012

Review tayangan video: part 2

Okay..

so, macam mane dengan ulasan yang pertama tadi?? okay?? kalau ada yang terkurang.. saya mohon ampun dan maaf..

untuk review video kedua ini.. bagi pendapat saya, video ni memang terbaik dan kreatif.. artwork dia sangat kene pada setiap plot.. dan grafik yang mantap.. jalan cerita juga menarik sebab ia berjaya membuat orang stay dan tonton sampai habis.. kadang2 plotting video agak misteri dan membuat orang excited untuk tonton..

akan tetapi.. masa yang di ambil agak lama dan kadang2 membuat penonton jadi lost dengan enviroment tayangan..

itu sahaja dari saya.. :)

Review tayangan video: part 1

assalamualaikum dan salam sejahtera..


Baiklah.. seperti yang semua sedia maklum.. Sir Azzwan telah memberi satu tugasan untuk pelajar S5 aplikasi komputer hari selasa lepas mengenai video yang ditayangkan di dalam class.. Sir nak kita semua memberi ulasan tentang video yang ditayangkan..So, dibawah adalah ulasan saya bagi video yang pertama.. video yang kedua.. saya comment dalam post yang lain.. :)

Sunday, 22 April 2012

Dua tali diikat bersama :)




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dua tali di ikat bersama.. Itulah ayat yang terlintas di kepala otak aku sepanjang hari ni.. Memang rasa terharu giler bila tengok tadi.. macam-macam emosi yang terlintas di benak hati aku tadi.. tak tahu nak cakap ape.. then, masa tengok tadi.. aku pun terpikir pasal diri aku sendiri.. macam mane laa ek nasib aku nanti.. entah ada.. entah tiada.. hmm.. walaubagaimana pun, aku tetap bersyukur sebab inilah antara peristiwa yang banyak memotivasikan. Antaranya, mengingatkan aku yang Allah itu Maha Adil dan Pemurah.. dan mengingatkan aku supaya terus berusaha untuk mendapatkan nya.. :)

Peristiwa yang aku gembar gemburkan ni adalah

Saturday, 21 April 2012

Pasrah Aku !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pasrah.. Satu situasi yang di hadapi manusia apabila kehendak atau keinginan tidak tercapai seperti yang dihajati.. Pasrah jugak kadanng jadi time kita frust, sedih atas sesuatu menda buruk yang terjadi.. Tapi aku ni pasrah lain skit.. Pasrah yang kadang2 aku rasa nak hempuk and menjerit kuat-kuat.. kadang-kadang aku rasa cam nak je bertumbuk.. Haisshhh.. 

"Ko pasrah ape nabil??".. haa.. mesti korang tanye camtu kan.. kan.. kan.. 

Aku sebenarnye,

Friday, 20 April 2012

Apa ada dengan dua puluh??!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Dua puluh atau dalam simbol angka nya akan ditulis "20".. satu nombor yang sangat simbolik. ada manusia yang mempunyai 20 ekor kucing.. ada manusia mempunyai 20 buah kereta.. ada yang mempunyai 20 buah motor.. ada juga manusia yang makan 20 kali sehari.. tak dilupakan ada juga yang tidur melebihi 20 jam sehari.. Jadi.. Apa ada dengan dua puluh ni???!!! Apa yang special sangat?? sampai suma benda nak 20??    hahahaha.. jangan pening.. jangan serabut.. dan jangan kalut.. tiada apa-apa pun yang menarik.. Cuma yang menariknya..


Perodua Eco Challenge


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perodua Eco-challenge 2012, merupakan satu pertandingan diantara universiti-universiti di Malaysia yang di ajurkan oleh perodua. Pertandingan ini akan berlansung pada bulan julai di Melaka. So, untuk penyertaan kali ini, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan akan bertanding dalam "Perancangan Pemasaran" manakala Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina akan bertanding dalam "Mereka-cipta kenderaan". Untuk FEP, seramai 20 orang pelajar akan bergabung dan bertanding di dalama event ini. 

Apa yang menariknya, ada beberapa pertandingan telah di organizekan oleh fakulti kita dalam mendapatkan idea-idea dan input-input bernas untuk di tambah baikkan di dalam perancangan pemasaran mereka. Antaranya yang nak saya ceritakan adalah,

Thursday, 19 April 2012

Laser Tag Warzone!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Laser tag. Satu permainan berkumpulan yang baru diperkenalkan di Malaysia.. Apa yang menarik nya?? hahaha.. Kalau korang biasa tengok orang main PaintBall, haa lebih kurang laa cam game tu.. Tapi yang menariknya.. Tiada kotoran dan tak sakit lansung.. Memang fun.. Baru-baru ni, aku g test main ngan cousin-cousin aku kat I-city Shah Alam.. Memang cool gler game ni.. Fun dan sangat enjoy..

Hari ni aku nak introduce kat korang sedikit info tentang game ni and aku nak tolong Sir Azzwan organize kan game ni. Hopefully, korang dapat participate dalam activity ni.. alrite.. let move to the main topic


Tuesday, 17 April 2012

Barang yang lepas jangan dikenang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dua tiga hari kebelakangan ni, aku memang busy gler. Dengan kerja yang berlambak giler.. Tapi paling aku rasa cam tak best time jawab paper statistik semalam.. Mana tak nya.. aku tak prepare lansung sebab tersalah dengar tarikh test. Ingatkan buat test hari jumaat.. tup.. tup.. kene buat semalam.. Deym.. Memang pening pale.. Pape pown.. Benda dah jadi.. Nak patah balik masa, bukan nya boleh.

Korang punya test amali aplikasi komputer ape cerita? Senang? ke Susah? pape pown.. Congrats kat korang sebab berjaya meyiapkan kesemua test dalam masa yang telah diberikan. Kepada yang tidak berjaya.. jangan risau.. ada lagi test2 yang lain untuk kita pulun kaw2 before final exam..

Owh ya.. untuk event bowling kita, aku harap korang semua boleh join.. bukan apa, time ni laa kita nak enjoy2 and gelak2.. mana yang berminat sila roger jasmimi.. dia yang akan buat booking tuk bowling nanti.. kita support laa dia ek.. dia geng kita jugak.. tak syok la dia dah nak tolong handle, tapi kita pulak yang buat bodoh.. tak baik camtu.. Kesian kat dia wei.. So, hopefully, korang dapat support event2 yang akan dibuat.. :)

Alrite. Itu saje for today.. aku dah serabut otak balik pikir sal macam2 kerja.. so nak kene settle kan dulu.. Adios.. sehingga ku temu mu kembali.. hahaha. :)

Saturday, 14 April 2012

Haaa.. Kak.. murah-murah je.. meh beli..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,




Aku nak promote skit business yang aku dan cousin-cousin aku jalan kan ni.. Kami ada menjual pelbagai jenis Jersey, Baju sukan dan juga seluar track. Harga kami memang berpatutan.. Dan kami juga menyediakan perkhidmatan membuat nama dan nombor di jersey kegemaran anda.. Jika anda ingin membuat jersey untuk team sukan anda, kami akan memberikan harga yang terbaik. Untuk Euro 2012 yang akan datang ni, kami akan membawa masuk jersey-jersey team negara kegemaran anda.. So, jangan lepaskan peluang ini.. anda boleh berhubung dengan saya dengan cara email atau yang ada contact number, boleh laa call..


Contoh jersey yang kami jual:








So guy, aku akhiri dengan kata-kata.. MAJU LAH SUKAN UNTUK NEGARA!!! hahaha.. tak pasal2.. hihihi..