Hari ni merupakan hari-hari terakhir bagi bulan July dan merupakan bulan ramadhan dimana umat islam telah berpuasa hampir seminggu lebih. Semoga ramadhan kali berjalan dengan lancar dan berlumba laa kita berbuat ibadat yee.. sedikit mukadimah untuk bicara post kali ini..
Alright.. kita teruskan kepada topic yang ingin dibincangkan.. Masih ingat anda tentang project jersey yang harus di uruskan oleh saya tempoh hari?? Dukacita dimaklumkan.. project tersebut telah berakhir dengan kegagalan dimana tiada supplier yang dapat provide jersey seperti yang kita semua kehendaki..Jersey tersebut telah discontinued dari production mereka..
Saya dengan rendah hati mengaku akan kesilapan saya atas kegagalan didalam menguruskan jersey ini.. Jelas ternyata, saya masih lemah dan kurang pandai dalam menguruskan jersey ini.. Harap kalian semua dapat memaafkan saya dan menghalalkan segala perbuatan saya ini... sebenarnya, saya dah lama bercadang untuk menyerah wang kepada anda semua.. akan tetapi, saya cuba untuk tunggu sehingga hujung bulan ini sekiranya ada supplier yang dapat provide design jersey tersebut.. maaf atas kelewatan ye rakan2.. harap korang dapat maafkan aku..
Walaubagaimanapun, En. Azzwan telah bertindak bijak dalam memberi cadangan untuk menukar tempahan jersey kepada tempahan t-shirt dimana, mereka semua telah berusaha untuk menghasilkan design untuk t-shirt tersebut.. Jadi, persoalan yang ingin saya tanya kepada anda semua yang menempah jersey daripada saya..
- Adakah anda semua bersetuju sekiranya saya menyerahkan wang anda semua itu kepada pihak sir untuk proses membuat t-shirt? Afzan telah dipilih sebagai pemegang amanah duit anda semua..
- Sekiranya tidak, apakah cadangan anda untuk wang yang terkumpul tersebut? Adakah korang semua nak buat something dengan wang tu or korang nak saya pulangkan baling kepada anda? kepada yang inginkan wang anda.. kita akan buat satu meeting, dan saya akan serahkan wang anda pada hari yang telah ditetapkan.. :)
So, sila beri kata putus anda di FACEBOOK sebab saya inginkan jawapan yang segera.. tetapi sekiranya ada yang nak reply kat sini, saya tak kesah pun.. Sekali lagi.. saya memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan saya.. Harap korang halalkan segala kesilapan saya.. Chiow.. Assalamualaikum :)